Sepuluh kes denggi dilaporkan di Labuan setakat ini tahun ini, peningkatan 100 peratus berbanding sepanjang tahun lepas yang hanya mencatatkan lima kes.<br /><br />Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata Kampung Layang-Layangan telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi susulan kebanyakan kes berlaku di situ.